Amanah Negara Terus Mendidik Rakyat

Amanah

Setelah lebih 8 bulan tertubuh dan lahir sebagai pemain baru dalam persada politik tanah air, Parti Amanah Negara (Amanah) terus mendidik rakyat Malaysia. Bermula daripada awal penubuhannya, Amanah telah mendidik rakyat untuk memahami bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia, tidak ada salah dan masalah bagi sebuah lagi parti politik baru muncul dan mengemukakan agenda politik mereka kepada rakyat. Apa yang penting yang harus difahami dan dihadamkan oleh rakyat dalam negara kita adalah dalam negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi termasuk Malaysia, kepelbagaian parti politik adalah suatu perkara yang lumrah malah baik untuk rakyat kerana kepelbagaian ini boleh mewujudkan pilihan-pilihan bagi rakyat memilih parti politik manakah atau dalam konteks politik pilihanraya dalam negara kita, gabungan politik manakah yang mampu dan berkeupayaan untuk membawa suara dan mewakili kepentingan mereka dalam dewan pembuat dasar.

Sumber Gambar : http://amanah.org.my

Amanah terus mendidik rakyat apabila tertubuhnya ia sebagai sebuah parti politik, Amanah merupakan parti politk berasaskan Islam yang kedua major di Malaysia. Kewujudan Amanah bukan sahaja memperkayakan demokrasi pilihanraya dalam negara, tetapi turut memberikan definisi dan interpretasi baru kepada politik Islam itu sendiri. Amanah bukan sahaja sebuah parti politik bernuansakan Islam, tetapi Amanah juga membuktikan bahawa politik Islam adalah lebih daripada imej kosmetik tradisional Islam dan Muslim apabila turut menekankan soal tadbir urus yang baik (“good governance”), keadilan pengagihan (“distributive justice”) dan semangat perlembagaan (“constitutional spirit”). Pada Amanah, maqasid syariah (“objektif syariah”) itu harus dicapai dahulu sebelum pelaksanaan qanun syariah (“undang-undang syariah”). Maka sebab itu tidak hairanlah apabila Amanah disifatkan sebagai parti politik Islam generasi kedua di Malaysia.

Amanah selanjutnya maju mendidik rakyat dengan pendekatan politik rahmah dan tidak marah-marah. Walaupun kerap diasak dengan pelbagai tohmahan dan dakwaan yang tidak munasabah, Amanah terus-menerus dengan aktiviti memperkenalkan dan mempromosikan agenda dan halatuju parti kepada rakyat. Lagi teruk Amanah diserang, lagi kuat dan hebat Amanah menerang kerana ini bukan suatu fenomena luarbiasa bagi sebuah parti politik baru yang bukan sahaja “fast-growing” tetapi dilihat mampu untuk mencabar status quo seteru politik lawan sedia ada.

turkey-protest

Di negara Turki, pimpinan Parti Saadet (sebuah parti politik konservatif Islam) misalnya, pernah menuduh Reccep Tayyib Erdogan dan Parti Adalet ve Kalkinma (AKP) pimpinannya yang lebih sederhana dan progresif sebagai telah menyimpang jauh daripada ajaran sebenar Islam. Tetapi lihat apa pencapaian Turki di bawah pentadbiran AKP yang mana Turki bukan sahaja berjaya keluar daripada kemelut krisis ekonomi yang berpanjangan sehingga mampu pula memberikan pinjaman kepada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), malah Turki makin hampir untuk menyertai Jerman dan Perancis sebagai anggota kelab elit negara-negara Eropah, EU di samping tentera Turki bangkit dalam senarai 10 kuasa ketenteraan terkuat di Eropah selain sangat berpengaruh dalam koalisi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Apa rahsianya? Rahsianya adalah kerana AKP lebih menumpukan dan menitikberatkan soal nilai dan pengisian (“substance”) makna pembangunan dan sistem berbanding retorik, slogan, label dan sentimen agama yang keterlaluan dan menjadi candu kepada pemikiran politik dunia keempat.

WhatsApp-Image-20160512 (2)

Politik khidmat juga menjadi satu lagi wahana Amanah mendidik masyarakat dan negara. Dengan berbagai-bagai khidmat rakyat yang ditawarkan seperti gotong-royong, mencuci rumah akibat banjir, memasak dan memberi makan kepada anak yatim termasuklah Pusat Peduli Rakyat yang dilancarkan di bawah Pemuda Amanah Nasional baru-baru ini yang memberikan khidmat nasihat guaman, kaunseling dan pemeriksaan kesihatan berdasarkan kepada Parlimen dan program, Amanah menginsafi bahawa sudah sampai masa dan ketikanya negara ini dibawa keluar daripada satu kerangka politik fiksi (“fiction”) dan diksi (“diction”) yang hampir lapuk dan ketinggalan zaman kepada satu pendekatan politik aksi (“action”) yang lebih membumi dan dekat kepada rakyat. Amanah mampu dan sememangnya berkeupayaan untuk melakukan aksi politik sedemikian kerana Amanah bukan sahaja dibarisi dengan tokoh-tokoh politik berwibawa malah turut dilengkapi dengan susuk-susuk aktivis NGO yang berkebolehan dan terkenal dalam arena khidmat masyarakat.

Namun, walaupun Amanah dilihat sederhana dan progresif dalam pembawaan politiknya, satu perkara yang pasti dan tidak akan berubah ialah Amanah akan terus konsisten menentang penyelewengan, melawan ketidakadilan dan menumbangkan kezaliman.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s