Turki Bangkit: Satu Catatan Ringkas Lawatan Kerja

WhatsApp-Image-20160512 (6)

Tanggal 19 Disember hingga 21 Disember 2015 merupakan satu titik tolak yang bersejarah buat Parti Amanah Negara (‘AMANAH’). Pada tarikh tersebut, saya dan Timbalan Setiausaha Agung telah dihantar oleh AMANAH mewakili parti untuk menghadiri Kongres Pemuda Adalet ve Kalkinma Partisi (‘AKP’) pimpinan Perdana Menteri Turki, Prof. Dr. Ahmed Davudoglu di Ankara. Kongres tersebut merupakan satu acara untuk mengesahkan pemilihan Ketua Pemuda AKP yang baru.

Menulis catatan pengalaman selama 3 hari berada di sana bagi menyertai Kongres tersebut merupakan satu inisiatif dan respon kepada permintaan sahabat-sahabat yang meminta untuk dikongsikan butiran-butiran hikmah yang boleh dipelajari dan diambil faedah daripada AKP khususnya dan Turki sendiri umumnya.

Sebagai meraikan juga pemilihan Ketua Pemuda AKP yang baru, AKP telah menjemput wakil-wakil bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga NGO-NGO dan individu-individu daripada negara-negara Eropah, Timur Tengah, Afrika hinggalah ke Asia. Yang lebih menarik, menyebut tentang parti politik, AKP sebagai sebuah parti pemerintah bukan sahaja mengundang parti pemerintah sesebuah negara tetapi juga parti pembangkang. Sebagai contoh, selain daripada Parti Nur Otan yang merupakan parti pemerintah yang mewakili Kazakhstan, Parti Demokratik Kazakhstan yang merupakan parti pembangkang turut hadir. Ini menunjukkan bahawa betapa kuatnya kesungguhan AKP untuk berhubung (“engage”) dengan dunia di luar kepompong geografi Turki.

WhatsApp-Image-20160512 (5)

 

“Tetamu-tetamu Negara” juga dibawa melawat ibu pejabat AKP yang terletak betul-betul di belakang hotel penginapan. Bangunan setinggi lapan (8) tingkat yang tersergam tegap tersendiri dan kukuh di tengah-tengah pusat perniagaan Sogutozu, Yenimahalle menggambarkan bahawa AKP sebenarnya mampu dan bersedia untuk terus memimpin Turki dan rakyatnya. Lebih mengujakan, rombongan kami telah disambut dan dialu-alukan oleh Mustafa Atas yang merupakan Timbalan Pengerusi AKP. Para perwakilan juga diberi peluang untuk berdialog dengan beliau atas apa juga isu dalam suasana yang sangat terbuka tanpa berselindung.

Kami juga telah dibawa melawat ke Anadolu Medeniyetleri Muzesi atau Muzium Peradaban Anatolia yang terletak di Atpazare, Ankara. Melalui muzium ini, kami telah diperkenalkan dengan sejarah tamadun-tamadun awal di Turki sehinggalah Uthmanniyyah. Saya melihat bahawa inisiatif yang diambil oleh pihak penganjur membawa rombongan ke muzium ini adalah sama seperti inisiatif yang diambil oleh kerajaan AKP dalam memberikan tajaan biasiswa kepada pelajar-pelajar luar negara untuk melanjutkan pelajaran daripada peringkat ijazah sarjana muda hingga ke doctor falsafah di Turki, adalah bertujuan untuk mengekspot budaya dan ketamadunan Turki itu ke luar dengan pendekatan yang paling diplomatik dan persuasif.

Seterusnya adalah acara kemuncak iaitu Kongres Pemuda AKP Kali Ke-4 yang diadakan di Ankara Arena. Kami yang merupakan delegasi antarabangsa dibawa masuk melalui pintu VIP dan dibekalkan setiap seorang dengan alat bantu terjemahan bahasa Arab dan Inggeris. Kesemua wakil delegasi antarabangsa disebut dan dialu-alukan oleh penganjur termasuk ‘AMANAH Parti’! Ankara Arena yang merupakan sebuah stadium tertutup kelihatan penuh sesak dengan anak-anak muda AKP yang datang mewakili kawasan masing-masing seperti Bursa, Konya, Anatolia, Istanbul dan lain-lain. Mereka bukan sahaja meriah melaungkan slogan kawasan masing-masing malah kelihatan begitu bersemangat dan sangat bermotivasi!

WhatsApp-Image-20160512 (6)

Paling istimewa, Kongres Pemuda AKP kali ini dirasmikan sendiri oleh Dr. Ahmed Davudoglu yang juga merupakan Pengerusi AKP. Apabila perasmian Kongres tersebut dilakukan sendiri oleh Pengerusi parti, ianya jelas menunjukkan bahawa betapa penting dan strategiknya kedudukan anak-anak muda AKP dalam parti tersebut. Dalam ucapannya, Dr. Ahmed acapkali menyebut “Turkiye” (Turki) di hadapan para hadirin. Dalam montaj yang ditayangkan, penganjur juga memaparkan klip-klip video kronolgi kisah Turki daripada zaman Uthmaniyyah sehingga pemerintahan AKP kini. Saya dapat menyimpulkan bahawa kepimpinan AKP cukup menitikberatkan soal sejarah dan patriotisma dalam membangunkan kembali jati diri bangsa Turki pasca-Uthmaniyyah. Pendekatan ini tidak salah asalkan ianya tidak menjejaskan kepedulian Turki terhadap nasib bangsa lain di luar batas geografinya.

Sebagai menutup catatan ringkas pengalaman singkat bersama AKP ini, saya suka untuk menyebut di sini bahawa Turki yang kami lawati hari ini adalah Turki yang baru. Turki yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai “the sick man of Europe” kepada Turki yang ‘digeruni’ pula oleh EU. Turki yang dulu dibebani dengan hutang dalam dan luar negara kepada Turki yang kini memberi hutang pula kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Malah yang paling penting, Turki yang sebelumnya dihimpit rapat oleh jiran-jiran benua Eropah dan Asia kini menjadi Turki yang aktif berperanan seantero pelusuk dunia dengan agenda “neo-Ottoman”nya.

Syabas kepada Abdurrahim Boynukalin , mantan Ketua Pemuda AKP dan tahniah kepada Melih Ecertas, Ketua Pemuda AKP yang baru!

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s