Dakwah ‘Alamiy: Satu Gagasan “Rahmatan lil ‘Alamiin”

Kita telah pun melangkah ke satu lagi horizon perjuangan dakwah yang tiada penghujungnya. Jika dahulu kita disibukkan dengan kegiatan-kegiatan dakwah yang bersifat mahalliy atau setempat, kini kita berbicara tentang perjuangan yang berorientasikan ‘alamiyyah. Pada hakikatnya, biarpun ianya berbentuk mahalliyah atau pun ‘alamiyyah adalah motivasinya, acuannya tetap satu, iaitu objektif dakwah yang agung.

a01_21797325

Perjuangan dakwah ‘alamiy yang dibawa ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru dan janggal. Perjuangan dakwah ‘alamiy ini pada hakikatnya adalah pusaka agung yang telah ditinggalkan oleh para generasi pengasas terdahulu untuk diwarisi. Kita sendiri menyaksikan bagaimana dakwah ‘alamiy ini berjaya menggempur Rom dan kaisarnya serta menjinakkan Parsi dan kisranya. Kita juga begitu takjub bagaimana motivasi dakwah ‘alamiy ini menjana kudrat Tariq ibnu Ziyad merentasi dunia membelah samudera membuka Andalusia. Formula dakwah ‘alamiy inilah yang telah berjaya meletakkan dengan gahnya deen ini di atas peta dua pertiga dunia. Malah jika bukan kerana dakwah ‘alamiy ini mustahil bagi kita untuk menikmati aqidah yang sejahtera ini.

Dalam mendepani konteks waq’ie, pemahaman yang mendalam tentang konsep dakwah seumpama ini sangat penting. Komprehensi dalam melihat lanskap perjalanan kemanusiaan mengikut kaca mata dakwah ‘alamiy sangat dituntut dalam usaha untuk memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul. Fiqh seerah adalah relevan untuk diteladani kerana kegagalan menekuni hikmah silam bermakna kegagalan dalam merencana masa hadapan yang gemilang. Walau bagaimanapun kesepaduan antara fiqh waq’ie dan fiqh seerah ini adalah rumusan yang afdhal dalam menongkah arus perdana sedia ada yang mampu membaham mereka yang tidak bersedia menghadapi kebejatan dunia.

Kebijaksanaan dalam mengutamakan yang utama adalah percaturan yang mendesak dalam mengatur rentak dakwah ‘alamiy. Sejarah telah melakarkan begaimana dengan mentaliti “first thing first” ini ‘Umar al-Khattab dan Salahuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan kota suci al-Quds dan seluruh isinya serta Muhammad al-Fateh meliberasi kota Konstantinopel dan warganya. Tanpa sebarang kekuatan mustahil mereka dan para panglima mereka mampu melakukannya. Oleh sebab itu, kekuatan adalah yang aula sebelum “hurriyyah” atau merdeka. Maka di sinilah letaknya relevansi fiqh awlawiyyat.

fiqh awlawiyat copye

Namun falsafah dan semangat kaedah ini perlulah dihayati agar ia mampu menatijahkan satu impak yang optimum kerana kebijaksanaan dalam mendahulukan perkara furu’ tetapi “muhiim” (penting) kadangkala boleh mendatangkan faedah beratus kali ganda berbanding perkara usul tetapi kurang atau tidak penting yang hanya memulangkan kerugian yang nyata.

Kejauhan tasawwur dalam meneliti skop dakwah ini tidak kurang peri pentingnya dalam menerajui dakwah ‘alamiy. Hal ini kerana doktrin deen yang menjadi asas kepada perjuangan dakwah ini adalah Islam ‘alamiy atau dengan kata lain Islam global.

Berbeza sekali dengan ide Islam mantiqah, doktrin Islam ‘alamiy menuntut supaya Islam dilihat sebagai suatu cara hidup (‘way of life’) yang universal yang bukan sahaja sesuai dipakai di semua tempat, bahkan juga menepati setiap peredaran zaman.

“Dan tidaklah Kami mengutuskanmu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam.” [al-Anbiyaa’:107]

Inilah dikri agung (“rahmatan lil ‘alamiin”) yang telah mencetuskan idelisma para pendukung perjuangan terdahulu untuk mentafsirkan Islam itu sebagai sesuatu yang bersifat around the globe dan terus menjadi satu iktikad dalam diri sanubari mereka ketika mana mengeluarkan separuh daripada dunia ini daripada zulumat jahiliyyah kepada nur Islam.

Islam Rahmatan Lil Alamin dalam Pandangan Penguasa

Maka atas dasar itulah dirasakan bahawa aspirasi ini perlu terus dipertahankan, disuburkan dan diperbaharui dalam memastikan seluruh alam ini ghalib dan lunak dengan seruan dakwah yang mulia.

Sebagai khatimah, fasa ketika ini adalah fasa yang tepat untuk mendepani perjuangan dakwah ‘alamiy ini. Mana-mana gerakan Islam yang bersifat moderat dan progresif adalah dilihat wadah yang relevan bagi memimpin gelombang dakwah arus kedua ini. Oleh itu, persiapan dengan segala wasilah yang munasabah harus diperkasakan. Perhalusi perancangan strategik, perhebat komitmen dan iltizam, tebarkan jaringan perhubungan dan gerakkan dinamika pemikiran. In shaa Allah Islam akan mewarnai kembali persada dunia.

 

 

 

Advertisements

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s