UNDANG-UNDANG PENGURUSAN BENCANA LEBIH MENDESAK BERBANDING RUU 355

 

Kita mengambil maklum kejadian bah atau banjir yang berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Pahang dan Johor yang bermula daripada Disember tahun lepas sehingga hujung Januari tahun ini.

Daripada 5 negeri yang dilanda banjir, negeri Kelantan adalah yang paling teruk terkesan dengan bencana alam tersebut dan dijangka menunggu gelombang kedua yang berkemungkinan berlaku seawal Mac tahun ini.

banjir-tenggelam

(Sumber Gambar)

Sejak bah besar tahun 2014 yang lalu, Kelantan dan rakyatnya masih belum pulih sepenuhnya daripada bencana alam tersebut. Sebahagian besar penduduk yang terkesan dipercayai masih lagi tinggal di dalam khemah sementara yang didirikan kerana isu kemusnahan total rumah dan tempat tinggal mereka masih belum diselesaikan oleh pihak berotoriti.

Anggaran kerugian akibat kemusnahan daripada bencana banjir di Kelantan pada tahun 2014 tersebut adalah sebanyak RM1 bilion yang mana tidak termasuk jumlah kehilangan nyawa yang terlibat. Manakala jumlah kerugian yang ditanggung pada tahun ini pula entah berapa yang bakal dianggarkan.

Justeru, daripada sibuk memberikan tumpuan kepada agenda RUU 355 yang masih tidak tahu hala tujunya, PAS melalui kerajaan negeri Kelantan sewajarnya memfokuskan kepada satu rang undang-undang (‘RUU’) persendirian berkenaan pengurusan bencana yang jauh lebih penting dan mendesak terutama sekali bagi negeri tersebut yang acap kali terjejas dengan skala yang besar akibat banjir.

RUU persendirian tersebut nanti  dipercayai  bukan sahaja akan mudah untuk ditaja oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional tetapi juga boleh memberikan tanggapan bahawa PAS benar-benar mementingkan kebajikan rakyat daripada sekadar bermain politik persepsi melalui RUU seperti Akta 355.

1355316665_395

Sudah sampai masanya Malaysia memerlukan satu undang-undang pengurusan bencana yang berpusat bagi menangani krisis alam sekitar yang semakin meruncing hari ini. Kewujudan hampir 20 akta, mekanisma dan prosedur operasi standad berkenaan air dan alam sekitar kini ternyata gagal untuk mengelakkan serta mengurangkan impak bencana banjir dalam negara kita.

Di India, satu koordinasi telah digerakkan oleh kerajaan bersama badan-badan bukan kerajaan (‘NGO’), pertahanan awam dan juga syarikat-syarikat korporat bagi menguruskan bencana banjir. Garis panduan bagi mengkoordinasi usaha pengurusan bencana tersebut terdapat dalam Akta Pengurusan Bencana 2005 negara tersebut. Bagi syaikat-syarikat korporat, penglibatan aktif mereka dalam pengurusan bencana tersebut dijadikan sebagai tanggungjawab sosial korporat (‘CSR’).

Manakala bagi negara yang mempunyai sejarah “melawan” air sejak lebih seribu tahun seperti Netherlands atau Belanda yang mana 60 peratus daripada kawasannya adalah terdedah kepada risiko banjir, kerajaan pusatnya mempunyai kesungguhan politik (“political will”) untuk memperuntukkan dana yang besar dan berterusan bagi melaksanakan dan menyelenggara program-program pengurusan banjir sepertimana mereka telah memperuntukkan sebanyak Euro 2.2 Bilion (RM10.3 Bilion) bagi melaksanakan projek Room for the River pada tahun 2006 untuk mengurangkan risiko banjir di 4 sungai utama di negara Eropah Barat tersebut.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s