AKTA ORANG ASLI 1954 (‘AKTA 134’) LANGSUNG TIDAK MEMPERKASA ORANG ASLI

minorities_children_coac

Pada 20 Februari 2017 yang lalu, Jawatankuasa Bertindak Khas Orang Asli Dan Alam Sekitar yang baru ditubuhkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) khusus bagi menangani krisis Orang Asli dan alam sekitar telah mengadakan mesyuaratnya yang kedua di Gua Musang, Kelantan. Tujuan diadakan mesyuarat kedua Jawatankuasa ini di Gua Musang kerana pihak Jawatankuasa akan bersama-sama Presiden AMANAH sendiri ingin turun padang untuk melihat dan merasai sendiri dilema yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli yang sedang berdepan dengan pembalak-pembalak haloba yang rakus menebang dan meratah kediaman dan kawasan rayau mereka.

Sebagai Biro Undang-Undang AMANAH, KANUN telah ditugaskan oleh Jawatankuasa untuk meneliti aspek-aspek perundangan yang melibatkan Orang Asli dan juga alam sekitar dalam krisis ini. Walaupun pada asalnya ianya adalah isu alam sekitar yang melibatkan pembalakan yang berleluasa dan tidak terkawal, namun kesannya jelas sekali telah menjejaskan satu kelompok yang bukan sahaja minoriti tetapi juga terpinggir dalam negara kita iaitu Orang Asli.

Akta Orang Asli 1954 (‘Akta 134’) sepatutnya memberikan banyak keistimewaan kepada Orang Asli.  Hatta, berbeza dengan kaum lain yang ingin dan boleh “menjadi Melayu”, menukar agama atau kepercayaan masih lagi tidak menggugurkan statusnya sebagai Orang Asli. Mana-mana kawasan yang telah diwartakan sebagai rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai tanah Rizab Orang Melayu. Malah sesiapa yang didapati menghalang Orang Asli daripada belajar di sekolah adalah dianggap melakukan kesalahan quasi-jenayah dan  boleh didenda maksimum RM500!

orang-asli

Tetapi yang malangnya bagi Orang Asli adalah Akta 134 itu jugalah yang sebenarnya mencengkam mereka serta mengawal hala tuju masa depan mereka. Masakan tidak, untuk Orang Asli mengambil hasil hutan di dalam kawasan mereka pun perlu mendapatkan kebenaran daripada Menteri! Menteri juga yang boleh menentukan pemilihan dan memecat ketua bagi komuniti Orang Asli malah Pak Menteri jugalah yang berhak memutuskan sama ada seseorang itu Orang Asli atau tidak!

Sebab itu ada yang berpandangan bahawa Akta 134 tersebut adalah bukan sahaja satu instrumen yang digunapakai semata-mata untuk mengawal ‘gerak-geri’ Orang Asli tetapi juga jelas bertentangan dengan hak penentuan sendiri (“right to self-determination”) kaum minoriti tersebut.

Natijah daripada kegagalan Akta 134 untuk memperkasa Orang Asli itulah yang sebenarnya menyebabkan krisis yang dialami oleh mereka terutama sekali di Gua Musang, Kelantan selain di Johor, Perak dan Pahang.  Yang merumitkan lagi adalah apabila tindakan-tindakan tauke-tauke balak  yang jelas menjejaskan kepentingan Orang Asli itu seolah-olah “dilindungi oleh pihak berkuasa” sedangkan peruntukan undang-undang telah memberikan kuasa kepada Menteri dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menghalang, menahan dan memindahkan mereka keluar dari kawasan, rizab atau tempat yang diduduki oleh Orang Asli itu! Jadi di mana perkasanya dan mandirinya  Orang Asli itu pada kaca mata undang-undang?

Justeru, sudah sampai masanya Akta 134 tersebut dipinda sekali  lagi sejak tahun 1967 dalam erti kata ianya benar-benar mengiktiraf hak dan memperkasa seramai  lebih kurang 150,000 Orang Asli dalam negara kita. Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada masyarakat Orang Asli yang lebih jelas dan menyeluruh hendaklah segera dirangka dan dilaksanakan di samping status mereka sebagai sebahagian daripada kaum-kaum utama di Malaysia juga harus diangkat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Adalah tidak masuk sama sekali jika hari ini seorang Menteri masih lagi yang “menentukan urusan cara hidup, nasib dan masa depan” Orang Asli sedangkan Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia sudah pun wujud sejak tahun 1999 lagi!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s